Thursday, December 13, 2007

Selamat Datang... Nur Adriana Safiah

Assalammualaikum dan selamat datang kepada semua pengunjung blog ini. Blog ini dicipta khusus untuk permata hati kami. Permata hati kami ini seorang baby girl yang comel. Walaupun lahir awal sedikit dari due date, namun baby dilahirkan normal dan sihat.

Nama : Nur Adriana Safiah Mohd Lutfi

Tarikh Lahir : 11/12/2007

Masa Lahir : 7.09 PM

Tempat Lahir : Hospital Putrajaya







Alkisah mengenai mamanya pula. Mamanya belum menunjukkan tanda-tanda mahu melahirkan anak pun. Pada 10/12/2007 mamanya melakukan rutin pemeriksaan atau check-up biasa di klinik kesihatan Putrajaya. 2 minggu sebelum itu doktor telah menetapkan untuk rutin check-up seminggu sekali sebab due date semakin hampir iaitu 21/12/2007 (berangan nak tunggu tahun baru nih). Apabila melakukan pemeriksaan pada mama oleh jururawat, dia dikesan mempunyai tekanan darah tinggi. Pada mulanya , biasanya mungkin akibat kepenatan akibat berjalan jadi jururawat periksa sekali lagi dan tekanan darah masih tinggi. Mama pun dirujuk ke doktor di klinik kesihatan tersebut. Setelah diperiksa oleh doktor, maka conform ada darah tinggi (tetiba je ada, pelik lak). Maka doktor dengan pantas merujuk mama ke hospital. Mama pula pelik. Kenapa ke hospital? Nak kena check darah tinggi lagi ke?
Jadi papa pun hantarlah ke hospital. Sampai di hospital teruslah tunjuk surat rujukan ke kaunter jururawat di dewan bersalin. Maka, teruslah mama ditahan diwad. Pada mulanya hanya untuk memantau darah tinggi dan mama tak terasa nak bersalin lagi pun. Keesokkan harinya datang pula doktor pakar, teruslah disuruh bersalin. Pada pagi 11/12/2007, mama diberi ubat untuk bersalin. Dan lahirlah puteri kami....



0 comments: